home about contact travelog resepi bahasa jerman

Cinta berputik dimusim Bunga

Assalamualaikum!

Haa, ini bukan cerita adaptasi dari novel jadi drama ke apa, ni aku nak bercerita. Sama ada cerita ni rekaan semata-mata, ataupun kisah benar, tiada yang benar melainkan yang benar-benar belaka, korang tekalah yer. Teehee :D


Boleh jugak dengar lagu ni sambil baca KLIK

2015 - Latest trip to Italy & France

August 2011
Masa tuh, aku nak pindah masuk Bingen. Bingen ni kampung yang aku duduk sekarang ni, dekat Germany. Kampung kecik jer, orang sini semua baik-baik. Haa nak dijadikan cerita, masa aku mula-mula nak pindah ke sini, aku tumpang letak beg dekat rumah sorang kakak senior ni, sebelum aku dapat masuk rumah sewa. Tapi kakak senior tuh balik Malaysia pulak waktuh tu, jadi Cik Juwaily lah yang tolong bukakan pintu rumah kakak tuh. Kakak tuh tinggalkan kunci dengan Cik Juwaily.


Masa tuh kan, aku ingat Cik Juwaily akan buka pintu jer, pastu dia akan biarkan je aku angkat sendiri beg baju aku yang berat 20 kilo tuh. Hahhaha. Rupanya Cik Juwaily gentleman, dia angkatkan beg aku. Masa tuh memang aku pandang muka Cik Juwaily ni, berbunga, bersinar, bercahaya-cahaya, wa cakap lu. Jatuh cinta terus. Indahnya feeling masa tuh. Cewah! Kahkahkah (**Rasa lawak plak bila nak ceritakan balik semula, kehkehkeh)




Dekat sini, kalau pindah masuk satu kawasan, kena daftar diri dekat pejabat, macam pejabat daerah gtuh. Aku tak tahu camne nak pergi pejabat tuh. Dengan baik hatinya, Cik Juwaily lukiskan map untuk aku. Terharu kuasa enam belas!! Hahahaha. Maps-nya ada lagi aku simpan sampai sekarang. Tapi location tidak dapat dikenal pasti. Kehkehkeh

Kurus giler laki den sebelum kawen. Dah kawen, hancuss! Heheheh :D

Hari pertama pindah rumah sewa, takde makanan apa semua lagi, sebab tengah sibuk-sibuk pindahkan. Masa tuh tiba-tiba Cik Juwaily ajak semua penduduk Melayu dekat Bingen makan malam dekat rumah dia. Aku ingat lagi, masa tuh, Cik Juwaily masak sambal telur, pastu kitorang ramai-ramai makan dekat rumah Cik Juwaily sambil tengok movie The Bee. Love is in the air, masa tuh, hahahahhaha :D




September 2011-Februari 2012
Haa, masa ni aku sem satu. Nak tahu tak, apa yang aku buat masa aku sem satu dekat Uni? Aku idok ler rajin bebenor skema nak belajar jer sepenuh masa tau. Aku banyak spend masa masak dekat rumah. Pastu setiap kali aku masak, aku pass sepinggan lauk ke Cik Juwaily yang masa tuh tinggal dekat bangunan sebelah. Dia rumah No 98, aku rumah No. 96. Maka, nak dijadikan cerita, aku kasi dia lauk, dia pun kasi aku lauk. Pusing-pusing-pusing, sampailah habis 1 sem. Hahhahaha.




Ohh lupa cerita, ada jugak aku pergi main badminton dengan Cik Juwaily. Dia ni suka sangat bersukan, tapi dia selalu takde teman nak main badminton ke apa, akulah masa tuh, volunteer nak teman dia. Sebenarnya masa tuh, dalam hati ado taman! Taman Rashidah Utama! Hahhahahah. Haishh macam tajuk lagu! Kehkehkeh.


April 2012
Aku dengan Cik Juwaily macam makin rapat arr gtuh, pastuh akak-akak senior semua tahu aku suka Cik Juwaily dalam diam tak berapa diam. Pastuh ada akak ni cadangkan, aku confess jer dekat Cik Juwaily. Woo, bukan senang ok! Aku ni entah dah berapa puluh lelaki reject aku, camne aku nak confess entah masa tuh. Memang seminggu kot aku macam pikir la apelah. Hahhahaha.

Spring 2012 - Bingen

18 April 2012
Aku dalam kelas English. Disebabkan aku rasa, "alah kelas English jer pun, takyah arr fokus sangat", aku pun macam biasa main talipon. Korang jangan ikut pulak perangai tak elok aku ni. Aku mesej.mesej dengan Cik Juwaily dekat Facebook masa tuh, ingat lagi. Aku cakap camnie:


"Yuk declare best friends nak tak?"


Respond dia,
''Kenapa nak declare BFF plak. Macam pelik jer."
"Aisya, Zu ada something nak cakap dengan Aisya."


Zu tuh Cik Juwaily lah, nama dia sebenarnya Zuhaili, orang panggil Zu. Aku masa dalam kelas tuh, dok senyum-senyum habis. Aku cam budget, dia akan cakap something yang romantik-romantik gtuh. Nampak tak, aku ni cepat giler jump into conclusion. Hahahhaha. Pastuh Cik Juwaily kata, kalau nak discuss further, naik bas pukul 5:33 petang, masa tuh, untuk pergi Supermarket. Hahahaha. Aku masa tuh, memang malu-malu meow-meow. Hahahahha.

I love U, Cik Juwaily! :D Muah!

Sangkaan aku memang betul masa tuh, dia memang nak cakap pasal relationship & kawen. Yeay! Boleh pulak bincang pasal kawen dekat supermarket kan? Multitasking betul! Aku tak ingat dah dia cakap camne dekat aku, tapi aku ingat, masa kitorang jalan dalam Supermarket Netto tuh, dia cakap, dia nak cari orang yang seriuos into relationship, taknak arr main-main. Kalau boleh, dia nak cari orang yang memang serious nak kawen dengan dia. 


Aku masa tuh, macam dengar jer, tapi benda-benda dia cakap tuh, macam muzik jer, mengalun-ngalun dekat telinga aku. Aku macam tak fokus sangat apende dia cakap, sebab aku excited sangat-sangat sebenarnya. Hahahahah. Memang dalam hati bunga habiss. Dia kan cakap kan, dia nak kawen dengan aku, sebab, aku jer yang boleh buat dia smile.


"Only you can make me smile"
~Cik Juwaily~


Terharu!!


Long story short
Parents Cik Juwaily datang Germany bulan 11, 2012, kitorang berkenalan semua. Cik Juwaily balik Malaysia untuk jumpa femli aku bulan 3, 2013. Masa tuh Cik Juwaily datang rumah aku, bawak cincin merisik. Tapi abang ngah aku cakap, kira bertunanglah terus.

Dann, 7 September 2013(aku habis sem 4, Cik Juwaily habis degree dia) maka, terkahwinlah aku, Cik Aisya, dengan Cik Juwaily!! Hahhahahha :D




Happy 18 April, Cik Juwaily!!
Dah 3 tahun, 9 hari since the day we decided to get married!!
Yeay!!
Doakan kami bercinta hingga ke syurga yer :D


Kepada semua yang membaca cerita cinta kitorang yang matang-tak-berapa-matang ni, kitorang doakan korang semua pun cepat-cepat dipertemukan dengan jodoh masing-masing. Kalau yang baca ni dah kawen, semoga korang pun bahagia hingga ke syurga, insyaAllah, Aminn :D




ich hab dich lieb!
Posted by Zuhaili Abdul Rahman on Thursday, 22 January 2015


Train of thought:
Rasanya kan, aku maybe pernah jumpa Cik Juwaily dulu-dulu tapi tak kenal, sebab dia sekolah dekat Klang (2005-2006), masa tuh aku Form 2, Form 3, aku tuisyen dekat Klang. Selalu jugak bila pergi tuisyen dekat bandar Klang, ternampak budak-budak sekolah asrama pakai baju batik outing, maybe aku pernah nampak dia masa tuh, tapi aku tak kenal dia masa tuh. Entahlah. Wallahualam. Tak berjodoh nak jumpa di Malaysia, akhirnya jumpa jugak di Jerman, takpe kalau dah jodoh tak kemana, tak gtuh?

Sekian~
Muah from Jindrisska!

46 comments:

  1. salam aisya. Seronok baca cerita u. Tak kiralah sapa suka sapa dulu. Yang penting happy ending. hikhik.

    Btw, Both of u look better now compared to 'dulu'. :)

    ReplyDelete
  2. sweet sangat. bercinta lepas kahwin heee :) semoga berkekalan till Jannah

    ReplyDelete
  3. semoga kekal bahagia hingga ke jannah

    ReplyDelete
  4. selamat berbahgia aisya..so sweet..
    semoga kekal ke Jannah..aamiin..

    nak macam ni jugakkk..boleh?hihihi

    ReplyDelete
  5. wah..selama ni asyik jadik silent reader jer..tapi entry ni kinda sweet & cute la aisya..hope you guys have a great moment ahead ok!! baidewei..salam kenal...

    ReplyDelete
  6. semoga kekal hingga ke jannah..comey ja nama cik Juwaily

    ReplyDelete
  7. wahhhh throwback kisah percintaan sampai kawen ni. Hikssss

    ReplyDelete
  8. tuuu diaa woiii...throwback! hahahaha....happy 3rd anniversary kenal..hihihi

    ReplyDelete
  9. waaaaa sweetnyaaaaaa huhuhu leh buat novel ni..jodoh kadang2 memang kita tak expect siapa,di mana dan bagaiman serta bila..hurmmm..

    ReplyDelete
  10. So sweet...smg rumahtangga yg dibina berkekalan hingga ke jannah insyaAllah ^^

    ReplyDelete
  11. kita yang baca ni pun boleh rasa sweetnye..heheh..semoga berkekalan hingga ke Jannah..dan dikurnakan baby yg comel2 mcm Aisya :) amin..

    ReplyDelete
  12. huhuhu..boleh buat novel ni...true story...love in germany gitu..heheehe

    ReplyDelete
  13. so sweet abam juwaily . semoga cepat mendapat cahaya mata ye kakak ku ;)

    ReplyDelete
  14. sweetnya cerita cinta akak! semoga berkekalan sampai bila2 :D

    ReplyDelete
  15. wahhh awat sweet sangat ni hehe untunglah akak aisya. moga kekal dan bahagia sentiasa :D

    ReplyDelete
  16. Sweetnyaaa kak aisya ngan hubby!! :)..semoga bahagia hingga syurga..aminn.

    ReplyDelete
  17. ala-ala korean drama jerk.. hhehe

    ReplyDelete
  18. sweetnya.. hehehe moga berkekalan till jannah... hehehe

    ReplyDelete
  19. Romantik sangattt ...Alahai sweet bebnoor la korang ni cam cekelat dah ..CEKELAt pon cekelat laaa janji happy forever.. Pelamin tu comel jer kiut sangat Aisya..Semoga berkekalan hingga ke jannah ..

    ReplyDelete
  20. huaahhhhh . sweet amat nih . bile lela punye turn pulak ? nak g germani la cam ni . hahaha

    ReplyDelete
  21. yaaaaang suwit saaangat kalah gulaaa ni nape Aisya.. sengih sampai tlingeee akak baca..
    tapi mmg hasben Aisya kurus dlu miahahahaa.. kalau dah jodoh namanyaaa haaa.. lari ceruk klang tak jumpa..
    jumpa kat bingen.. hihi..

    ReplyDelete
  22. Sweet gila kak Aisya! Senyum seorang-seorang saya baca ni. Tetiba rasa kesian dekat diri sendiri sebab belum jumpa orang yang boleh buat kisah sweet macam ni. Hahahahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la kita Farah. macam xde sape nak kat saya je. hahahhahahaha...

      Delete
  23. Alar....ni yg jeles ni np sweet sgt?he he ... Semoga bahagia hingga ke syurga :)

    ReplyDelete
  24. so sweet.... :)

    respect pada lelaki yang serius ajak kahwin dan bukan nak suka2 je berkawan... baru real punya gentleman :)

    ReplyDelete
  25. suwwittnya kak ecah. alololo~ haha bestnya org yg kita suka tu pun, suka kita jugak. adeh. rasa gatal2 lah pulak ni. =P

    ReplyDelete
  26. Entri ni pun super duper sweet! Bestnya kalau ending kita pun bagus macam akak. Semoga akak dan Cik Juwaily bahagia hingga ke jannah, Aamiin. Err, doakan untuk kita jugak tau. Ehem (malu) :P

    ReplyDelete
  27. alahai..sweetnya cerita cinta aisya dan hubby kan..macam kak wana pula rasa di awang-awangan..huhu..

    ReplyDelete
  28. lol.. hidup2 igt cik juwaily ni perempuan tau..hahahahaha pehh sweet nye kak.. leh buat novel ni kak ;)
    inshaallah kekal ke jannah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun ingat pempuan mula2. hahhahaha. adoi, sorry kak Aisya.

      Delete
  29. aisyaaaa, hehe doakan kita yeppp :D

    ReplyDelete
  30. Ok sengih sorang2 kite baca. Sweet sangat ni. :)
    Nak kawen jgk. Hehe

    ReplyDelete
  31. alal cutenyaaa aisha gambar wedding tu heheheh

    ReplyDelete
  32. bestnya baca cerita kak Aisya. rasa nak nangis balik... sobs sobs. kak Aisya wat kita nangis di malam hari... alhamdulillah, bagus ada lelaki yang memang nak ada steady relationship. bagus ler tu kak Aisya. dua2 saling suka. hehehe. tahniah :)

    doakan saya pula ek. eh, tiba-tiba :P

    SAYA NAMPAK SHELDON COOPER DI SITU!

    ReplyDelete
  33. wah kisah cinta ni kena bukukan dan print. nanti anak-anak leh tengok hehe

    nice story

    ReplyDelete
  34. dah penah baca, hr ni nak komen lak, hehehe~

    both of u, selamat pengantin baruuu, hahahaa~ lambat bebenor wish ye, semoga bahagia, murah rezeki
    dan diberkatiNYA , amin !

    ReplyDelete
  35. bestnya kisah cinta Aisya.. semoga berkekalan hingga ke Jannah..

    ReplyDelete
  36. sweet sangat cinta akak ngn cik seben... indahnya cinta andai disemai dengan baik dan kejujuran kan

    ReplyDelete
  37. hahaha akk plak yg tersengeh baca entry ni- sweet jek.. Semoga kekal hinggan Jannah Aminn :)

    ReplyDelete
  38. Real la Aisya...
    kisah cinta yang sungguh-sungguh romantik...


    Bagus "Cik Juwaily" a.k.a husband Aisya

    ReplyDelete
  39. Auch .... apsal suweeettt sgt ni....

    But i only hv oxygen nitrogen dan sgala gas gen je in the air.... huhuhu...

    Nk kna tgu g germany juga kot baru dpt so call "love in de air"...


    Hihihi...

    ReplyDelete
  40. Barakallahufikum... semoga sejahtera bersama hingga ke syurga firdaus Nya... insya Allah

    ReplyDelete
  41. Salam... kisah kami pun bermula di musim bunga.. Frühling 1999 in Konstanz...Das war 16 Jahre her! Semoga Aisha dan Zuhaili bahagia hingga ke hujung nyawa.. Nanti boleh cerita kat anak2 kisah korang, takpun bagi je depa baca blog ni ;) . Alles Gute für das Studium und bleibt Fit und Gesund durch den Winter! ;)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...