home about contact travelog resepi bahasa jerman

[Winter Roadtrip] Day 4 - Neuschwanstein Castle, Germany

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang sudi datang menengok-nengok di sini. 



Haa, seminggu yer aku tak bersiaran dekat blog, penat perah otak pikir ayat macam mana nak cerita dekat korang pasal jalan-jalan kitorang arituh. Mula-mula macam nak tulis ''Travelog Salzburg, Austria'' gtuh, tapi alahai sehari jer kitorang melawat Salzburg tu pon, the next day dah gerak pergi tempat lain, yang bukan Salzburg dah. Macam tak sesuai plak tajuk tu kan. So, aku namakan entry-entry untuk travel yang kali ni dengan nama baru yer, iaitu ''Winter Roadtrip''. Tak glamour mana pon, tapi bolehlah. Hhahahha.


Dann, aku taknak tulis ikut turutan hari, macam Day 1, pastu baru Day 2, Day 3. Aku nak tulis ikut suka aku, arini kita start cerita dengan Day 4 dulu yer. Ini part yang aku paling suka and excited sekali! Harap korang terhibur membaca dan menengok-nengok yer. :D



Haa korang rasa castle dekat atas ni betul-betul wujud tak dalam real life? Ke just imaginasi, ataupun lukisan dekat dalam kartun Disney jer? Jawapan dia, castle macam dekat atas ni memang betul-betul wujud, kawan-kawan! Haa, aku jejak kaki aku saiz 5 ni dekat castle ni! Yeay! 


Sejarah Pembinaan
Nama castle ni Neuschwanstein Castle, dibina oleh Raja Ludwig II pada tahun 1860++ sebab dia terlalu obsess dengan seorang lelaki ni, namanya Richard Wagner. Haa kalau korang nak tahu, Richard Wagner ni macam karyawan masa tahun 1800 ++, dia tulis skrip & jalan cerita untuk theater, opera gtuh. Dann Raja Ludwig II obsess sangat dengan Richard Wagner, dan Raja Ludwig II buat castle ni, inspired by Wagner's artistic works. 

Living Room
Entrance Hall

Hiasan Dalaman Castle Neuschwanstein
Dekat dalam castle ni hiasan dia, mak aih, tak tahu macam mana nak describe dengan kata-kata, cantik giler hiasan dalam Castle Neuschwanstein ni, unfortunately, tak dibenarkan tangkap gambar. So sadis! 


Lagi sadis adalah, Raja Ludwig II tak dapat tinggal lama pon dalam castle ni, dari guide yang aku dengar, dia kata, Raja ni hanya tinggal 116 hari sahaja dalam castle ni, Raja ni mati disebabkan penyakit yang tak diketahui, masa castle ni tak habis lagi dibina. Dann bahagian Throne Raja tuh memang dibiarkan half-way-done.

The Uncomplete Throne Hall 
His Highness Bedroom
Sängersaal - The Mistrel Hall

Neuschwanstein Castle Entrance
Tapi walaupun tak dapat tangkap gambar dengan gumbira, makcik Aisya dapat beli poskad! Haa, dekat poskad yang aku beli ni, ada semua gambar-gambar bahagian dalam istana ni. Nak tengok tak?Semua hiasan dalaman istana ni diinspirasikan oleh karya-karya Richard Wagner. Dann, ada jugak certain-certain things yang diinspirasikan oleh unsur-unsur seni zaman dulu-dulu, macam unsur Gothic, unsur seni zaman Byzantine dan Constantinople. Seriusly, bayaran 12 euro untuk masuk Castle Neuschwanstein ni berbaloi habess! 




Oooh, lupa cakap, castle ni memang kalau nak masuk, wajib kena ikut guide group, ada dalam English & German languages. Tak boleh masuk tanpa guide, dan masuk dia ada jadual-jadual, kalau terlepas, tiket boleh ditukar atau direfund. Ini berdasarkan pengalaman Cik Suami aku, dulu masa bujang dia dah pergi castle ni bawa family dia. Hehehehe :D Castle ni buka sepanjang tahun, kecuali pada Hari Christmas(24 & 25 December) dan Tahun Baru(31 Dec & 1 Jan).


Ya Allah, castle ni macam fairytale sangat kan. Rasa macam castle Cinderella gtuh. Aku lama giler-giler berangan nak pergi castle ni. Akhirnya, tertunai jugak hajat dihati kecik makcik ni. Suka sangat-sangat!! Lagi rasa macam Cinderella sebab nak naik pergi dekat Castle Neuschwanstein ni, kena naik kereta kuda (castle ni duduk atas bukit, tinggi). Ya Allah klasik habess!!!

[P/s: Kalau nak jalan jer daki naik ke castle ni boleh jugak, 
tapi ambil masa dalam 40min gtuh. Hahhahaahha :D]


Kereta Kuda : 6 Euro satu kepala (~ RM 24)











Kalau nak tangkap gambar the whole castle ni cantik-cantik, kena pergi bridge ni, namanya Marien Brücke. Tapi masa kitorang pergi ni, jalan nak pergi Marien Brücke tuh tutup plak. Tak dapat bergambar dengan the whole castle. 


Till we meet again yer, castle yang cantik, indah, romantik habess!!




Thanx for reading!
Muah! :D

27 comments:

  1. Serius, cantik giler castle ni. Agaknya, kalau boleh tukar dressing, berlakon, pun org percaya citer tu dari zaman dulu. Hehe XD

    ReplyDelete
  2. masih cantik lagi binaan castle tu walaupun dah lama. tpi sayanglah tkleh amek gambar kan

    ReplyDelete
  3. ahkak!! terpegun tengok castle camnih. eyy memang sweet dating ke situ hehe nanti leh acacah jadi king queen gituw xD

    ReplyDelete
  4. castle wujud?peh cantik gilosssss..

    alamak. kenapa korang sweet sgt.. membuatkn nak kawen awal pulak.. ehh? XP

    ReplyDelete
  5. serius cantik sangat..wujud rupanya castle cantik macam ni ya aisya..best la dapat masuk..

    ReplyDelete
  6. bilik tidur pun besar sangat dan cantik..fuh, kalau la ada bilik tidur macam tu..alahai..indahnya hidup..heheh :)

    ReplyDelete
  7. Subhanallah cantiknya....nk kene masuk vision board ni...nk p jln2 sini satu fmly nnt insyaAllah...huhu..kalo ada lebih postkad akk nak la sekeping dua...kene byr pun x pe sbb cantik sgt castle ni.

    ReplyDelete
  8. teringin nak pergi castle tu...ingatkan cite dongeng je.hehe

    ReplyDelete
  9. cantiknya... macam dalam fairy tale... teringin jugak nak pergi...

    ReplyDelete
  10. Aisya...cantik pic first dan second tu image google or dari kamera Aisya

    ahakss...x kisah lah nak update hari apa dulu yg penting nak tahu perkongsian tempat2 menarik nih ..alaahai..kalau duit berkepuk esok juga pegi cari tiket ahaaha

    subhnallah..jeles sama aisya dh boleh jejak ke sini...kalau lah sis JM tahu cara nk ke sana kan..nampak nya perlu byk buat research dulu sebelum beli tiket...musim yg sesuai terutama winter..in sha Allah...dah aim na menabung nak ke sana heeee

    ReplyDelete
  11. wahhhhh terpegunnnnn...xterkata... mase kecik2 berangan taw istana nie.. siap ade putera bagai...hadoiii bestnyeee... jelesss... cantikkk sangat2 kak oiii... feeling2 romantik u....

    ReplyDelete
  12. Cantiknye :) memang betul macam fairytale..bestnye :)

    ReplyDelete
  13. Cantik gambar ni.. Betui betui macam dlm filem

    ReplyDelete
  14. Cantik gambar ni.. Betui betui macam dlm filem

    ReplyDelete
  15. ritu Aisya suruh akak google kan ? dah gugel dok menangis diam-diam dalam hatiku huwaaa ahaha..
    cantik and adus snow..!! bestnya. boleh geguling..

    ReplyDelete
  16. wah cantik betul castle nih.. ingatkan tak da dalam dunia realiti.. bestnya Aisya dapat jejak kaki ke sana..

    ReplyDelete
  17. Cantiknya istana. Macam fairytale. Rasanya saya pernah tengok istana ni dalam The Amazing Race.

    ReplyDelete
  18. Hoi laaa....cantik sangat neh! Adoi...malas la baca...sakit hati...hahahaha

    ReplyDelete
  19. macam grand budapest hotel pulak. hahaha.

    sweet sangat ni kenapaaaaa?

    ReplyDelete
  20. the castle was so damn beautiful. bestnyaaa T_T

    ReplyDelete
  21. Cantiknya castle tuh... macam dalam cerita dongeng!

    ReplyDelete
  22. ohsem habis....meleleh darah dari hidung baca entri ni.

    seronoknya dapat melihat dengan mata sendiri

    ReplyDelete
  23. Cantiknya istana tu,macam akak ^____^ Hope dapat pergi ke sana jugak

    ReplyDelete
  24. Wow cantik betul castle ni! Offenburg's students baru blk dr castle ni, tp xleh appreciate sgt tgk gmba kat fb je. Best bace kat blog siap cte history & gambar dalam castle. Nice!

    http://www.fatindays.com

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...