home about contact travelog resepi bahasa jerman

Penyakit 'M' Datang Bersebab

(Entry tertunda, lambat & auto-publish)
(Ini masa musim exam arituh, punya cerita, hehehehe)

Aku dah seberapa lama dilanda penyakit 'M'. Tak tahulah kenapa, nak mandi malas, nak study pon malas, nak masak malas. Semua benda aku malas nak buat. Aku rasa, penyakit malas ni datang sebab, lampu dapur rumah aku kedap-kedip. Dia asyik liplap2 je. 

Susahlah aku nak masak. Takde cahaya yang cukup, nnt tak nampak ayam I olls goreng cantik ke goreng hangus kan! Hahahaha. Nak mandi pon malas, sebab kalau nak pergi mandi kena lalu dapur, pastuh terus teringat, alaa lampu dapur ni rosak. Arr tension! Bila dah tension, susahlah nak study. Ironikan?!

Mula2 dah try tukar starter dia, tapi still kedip-kedip lagi. Aku tengok, mentol dia hitam sikit dekat hujung dia. Firasat aku, rasa maybe fuse ke apendek entah dalam mentol tuh yang rosak, gtuh. (Aku ni nama je belajar elektrik, benda apa aku belajar pon aku taktau. Hehehehe). Aku buat conclusion sendiri jek tuh, yang kata mentolnya rosak.

So straight away aku pergi kedai hardware beli mentol. Aku tak suka masalah yang lambat solve. Kalau dah settle ni, senanglah sikit nak masak, mandi etc kan.



Ini akulah. Dalam bus otw nak pergi kedai hardware beli mentol lampu. Sebenarnya aku tak suka sangat kedai hardware, masuk2 je macam rasa tempatnya berhabuk. Aku rasa, paling kurang mesti 3 kali aku bersin masa aku dalam kedai hardware, normally.



Dah sampai depan kedai hardware! Nama kedainya "Toom: Der Baumarkt". Baummarkt tuh maksud dia hardware store. Susah aku nak translate, sebab aku tak pasti perkataan dia dalam English. Lama dah tak praktis, English aku memang dah ke laut aku rasa. Hancur.




Dah jumpa, main point datang ke kedai hardware yang tak digemari ni. Hahaha. Mentol2 lampu kalimantang. Aku rasa, kebanyakkan rumah orang dekat sini guna lampu kuning, yang mentol dia yang bulat tuh, just rumah orang Melayu jek guna lampu kalimantang ni. Bagus lagi guna lampu kalimantang, satu sebab jimat energy berbanding dengan mentol kuning, satu lagi sebab terang. Sesuailah untuk student yang nak stay-up malam2 kan. Takdelah mata cepat rabun. Hihihii.

Aku cari mentol kalimantang yang takde brand, sebab nak beli yang murah jek. Yang murah pon kualiti dia sama je dengan brand yang mahal. Tapi takde pulak. Yang ada cuma jenama Phillips. Duitku tiba2 tumbuh wing, dan terbang. Hahahha

Kedai hardware ni besar macam gudang, penat jalan dalam dia cari mentol, sampai aku terlepas bus. Sini bus lalu depan kedai hardware ni setiap jam, betul2 pada minit 15 and 45. Lambat seminit pon memang pakcik bus tinggalkan. Sangat jarang pakcik bus berbesar hati nak kasi naik, kalau dah lambat. Disebabkan aku terlepas bus, aku pon berlegar-legarlah dalam kedai ni, amek gambar, untuk korang tengok2. Jemputlah tengok ye. :D







Dekat kedai hardware ni, ada jual papan, wallpaper untuk rumah, cat, segala macam skru, tanah, etc. Haa, tanah pon diorang jualkan? Takdelah, bukan tanah yang untuk bina rumah tuh. Sini dia jual tanah untuk gardening, sekampit 10 kilo kurang dari 2€ (~RM8). Murahkan? Tapi kesian dekat diorang, rumah takde tanah yang open, sampai kena beli tanah nak tanam pokok. 

I olls suka satu jek, orang2 German suka tanam pokok dalam rumah. Baguskan, udara dalam rumah jadi segarlah kan, sebab ada pokok. I loikkke! I olls pon dah start jugak tanam pokok dalam rumah! Excited2!

Ini dekat tepi tingkap dapur aku. Dah ada 4 beradik ni. Aku tak tahu nama
pokok2 ni, aku pakai beli je apa yang murah2. Hehehehe



Sampai dekat rumah balik, en Husband aku pasangkan mentol dekat lampu dapur. Dah terang dapur I olls, aku pon masak nasi lemak dengan ayam goreng kunyit kegemaran diri sendiri. Wahh, alhamdulillah Allah for one great day!

Sekian~
Thanks for reading this !

21 comments:

  1. Tu diaaaa...lampu kelip punya pasal, efek semua benda woooo

    ReplyDelete
  2. gambar yg last tu terliur dibuatnye.. hihi.. tgk malam2 jadi lapaq.. hihi.. kelakar la kak aisya nie.. :)

    ReplyDelete
  3. haaahah.. lampu pon lampu la..

    ehhh comel nya pokok bunga tuu :)

    ReplyDelete
  4. Aisya ni mesti jenis tak tenteram kalau ada masalah kan? kalau tak mesti semua benda tak jadi. hehe.

    Eh, scha pun ada simpan bunga hidup dalam rumah. lepas tu kalau cuaca panas/hujan bru letak kat luar. Bagi dia bernafas. hehe

    ReplyDelete
  5. your gallery is just very nice .graphics are very nice . your website it just super. best of luck . do come visit me some time. that goes to everybody who see this. WE.HOBBIESANDCRAFTS.NET. and please sign my guestbook at the bottom of my webpage to let me know you came to see me do send your very good friends ( thank you ) it good to meet new friends. love a beautiful thing.

    ReplyDelete
  6. Samalah. Kat sini diaorang suka pakai yellow bulb tu. Mengantuk sangat kalau nak belajar.

    ReplyDelete
  7. leyla slalu je kena penyakit M ni . nak nak time study . pnyakit ni da la tak de ubat . susah laa

    ReplyDelete
  8. terliuq tengok nasi lemak tu. hehe

    ReplyDelete
  9. Kite tag akk tau :)
    http://cahayaalammaya.blogspot.com/2014/09/liebster-award.html

    ReplyDelete
  10. Besar betul kedai hware nye. Ehh pegi beli mentol dorang je :-)
    Ahaaa dh ada lampu baru penyakit m hilang heee leh mkn nasik lemak nampak sedap tuu

    ReplyDelete
  11. Penyakit M berjangkit x? bahaya ni..hehe

    ReplyDelete
  12. nampaknyaaa penyakit M ni bjangkit ke nadyya la.hahah . sejak intenet ruma slowwwww amat amat nadyya jadi M amatttt nii nak BW, BW ni -,-

    nadya tag ;)
    http://loveneddy.blogspot.com/2014/09/the-liebster-award-3.html

    ReplyDelete
  13. wooooow kedai hardware macam ikeaaaa kat malaysia hahaha. memang berhabuk pun laaahai kedai papan kedai kayu semua. kekeke.. bestnyaa nanti awok share banyak2 macam ni. mmg elok untuk orang yang nak travel ke germany.

    ReplyDelete
  14. ayam tak hangit dah kak aisya. haha. sedap kot tengok nasi lemak dia.

    done klik iklan :)

    ReplyDelete
  15. kerana sebiji mentol ye..huru-hara semua.haha

    ReplyDelete
  16. akak skang nih pun dilanda pyakit M tp paksa gak diri spya pyakit M x berleluasa

    ReplyDelete
  17. Alasan lampu rosak..ermmm..
    Nak terima ke tak ni?
    Haha..

    ReplyDelete
  18. syoknye kalau pergi membeli blh kedai mcm gudang ..puas merayap ..hehe..

    ReplyDelete
  19. Bhuahaha tak tau pun belajar apa? Bhuahahaha (tu lawak).. kalau terlepas bus memang frust argh.. rosak mood sehari (ceh) xD

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...