home about contact travelog resepi bahasa jerman

Summer telah tiba di bumi Bingen

Kantoi cik kak duduk atas kerusi banyak taik burung! Hahaha. Xkesahlah.


Assalamualaikum, dan salam 1 Malaysia! 

Alhamdulillah, arini boleh makan dinner banyak-banyak tak ingat dunia, sebab kejab tadi dah mendaki bukit kat sini. Terbakar, terbakar, terbakar lemak-lemak I ollls! Berkurang sikit rasa bersalah dalam hati kalau melantak makan. Hahahah

Bukit yang kita maksudkan kat sini terletak dekat je dengan rumah kami. Naik basikal 5 min, pastu parking, and panjatlah bukitnya. Kita pernah tunjuk gambar bukitnya dalam post sebelum ini KLIK.

Perjalanan kitorang nak panjat bukit ini makan masa 40 min untuk naik, dan lagi 40 min untuk turun. But who cares, the view up there is breath-taking. Tak percaya, mari kita tengok...








Macam Cameron Highland tak? Indahkan deretan pokok-pokok anggur ini? Ahaks! Tapi tempat kami lagi cantik, ada sungai siap! Bangga cik kak kan! Heheheh  Saje je.

Nampak tak sungai kat belakang ituh? Indah! Ini kami belum sampai puncak bukit lagi! Tunggu ye!

Dalam perjalanan kami mendaki naik bukit ini, macam-macam benda kami dapat tengok. Antaranya adalah putik buah anggur and buah pear. Tak sangka dapat tengok pokok pear. Selama ini makan je, tak pikir pon pokok dia rupa macam mana. Hahahaha.

Inilah rupa putik buah anggur. Sekarang baru nak mula musim panas, anggur pun berputik indah! Hahaha

Ini pulak pokok buah pear yang kami jumpa, masa otw nak naik atas bukit ini! First time tengok! Tuink2!


Setibanya kami kat puncak bukit ini, ada hutan kecil kat atas bukit ini. Cantik! Hijau! Nyaman mata eden menengok! Tenang sekejab otak yang bercelaru! Hahahah




Sebenarnya hutan ini terletak dekat depan satu church besar. Tapi kami tak berminat pun dengan church itu, kami nak meninjau hutan kecil ini je. TENANG! Just one word to describe our whole feeling! Hahaha

Kamilah kanak-kanak comel yang dah berjaya menakluki bukit ini! Ini kami!
And last but not least, the most important thing untuk tengok bila dah sampai puncak bukit ini adalah...

Sungai yang sangat indah! Dan langit yang terbentang luas!  Belum tercemar lagi, nasib baik!

Besarnya sungai dan bukit yang Allah ciptakan, Subhanallah.
(Iaitu) orang2 yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi(sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka."

Al-Qur'an: 03:191

Siapa-siapa yang nak datang Bingen, Germany, nak tengok sendiri keindahan alam macam ini, korang akan mendapat service TOURIST GUIDE percuma dari pihak kami di Bingen ini, kalau kitorang tak balik Malaysia lagi lah. Hehehe.

Insyaallah nanti kami masak sedap-sedap kalau korang datang! But please let us know in advanced!

Thanks for reading! Assalamualaikum! Sekian~


4 comments:

  1. cantik tempat tu.. bila la tempat tu nak datang sini ye.. nak gi sana tak mampu..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpe, nnt kitorang nak balik msia, kitorang simpan tempat ni dalam beg bawak balik sekali ek...heheheh :) datang la sini, bawak naim holiday! kitorang lambat lgi nak balik msia...

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...