home about contact travelog resepi bahasa jerman

Bingen Jungle Trekking

Ingat dalam hidup ini, ada dua jalan. Jalan yang mana pilihan korang? Yang lurus ataupun yang berliku?

Assalamualaikum, cucu-cucu yang Nenda kasihi. Hukhukhuk. Arini Nenda Kebayan nak bercerita tentang perginya Nenda itu hari ke dalam hutan, untuk mencari kayu kayan. Heheheh. Tipu je! Aku itu hari masuk ke hutan bersama dengan Kak Lisa dan Kak Atie sebabkan nak jungle trekking, dan membakar lemak-lemak degil di badan. Mai Nenda nak tunjuk alam yang menghijau, untuk tatapan cucu-cucu Nenda sekalian.




Hijau kan? Ahaks, inilah nak tunjuk! Bukan setakat hijau je, malah bukit dan jungle yang kitorang kononnya trekking ini, sangatlah curam. Malu Nenda nak bercerita, Nenda mula-mula perjalanan dah tergelongsor jatuh. Koyak seluar Nenda. Ini cerita betul tau, Nenda korang tak tipu! Seluar koyak, lutut pon koyak. Sakit! Dah lama dah tak luka dekat lutut. Bersabar jelah. Hahaha


Tahap kecuraman hutan yang kami masuk ni berbeza-beza. Ada kawasan curam yang hamat, kena jalan slow. Ada tempat macam flat je, sempatlah nak tangkap-tangkap gambar gedik-gedik. Hahahaha. 


Lagi menyeramkan, ada tempat tu curam dan takde tempat pemegang. Memang scary. Aku jalan guna tongkat. Tongkat ini Kak Atielah carikan, sebab aku dah tergolek masa mula-mula tu. Cer tengok, curam tak? Korang berani ker? Hahaha.

Atok korang kata(en Suami akulah!), lain kali nak masuk hutan, ajak orang lelaki sekali. Bahaya kalau pergi perempuan-perempuan je. Aku terpikir, "kalau aku tergolek, larat ke laki aku nak angkat aku? Aku macam berat lagi je dari dia. Hahahaa"



Sambil nak turun bukit ni, dapat tengok sungai. Indah!
Seronok sangat kami membakar lemak. Aku mula-mula ingat hutan ni besarlah sangat nak di-trekking-nya tu. Tapi kecik je rupanya. Lebih kurang sejam, kami sampai ke penghujung perjalanan kami. 

Rehat-rehat, minum air dulu! Hahahaha

Itu sajelah cerita Nenda untuk anak-anak cucu buat waktu sekarang. Nanti Nenda pergi buat benda pelik-pelik lagi, Nenda story dekat korang ye. Stay tuned! And thanks for reading! Sekian~



4 comments:

  1. Syok nye.. Kite dah banyak kali naik gunung (bajet cam banyak, padahal baru 3/ 4 kali.).. Hehe
    So far jungle trekking tak pernah. Tapi dah kalau panjat gunung, kire terjungle trekking jugak lah kan...

    ReplyDelete
  2. sungguh hijauuu.. subhanallahh

    ReplyDelete
  3. Haha comel la entri nenda.. cucunda baca sampai tersenyum-senyum (kahkahkah) Nak jungle trekking gak :3 Bestlah!! ^0^

    Psst: Blog akak dah masuk bloglist.. (yeay)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...