home about contact travelog resepi bahasa jerman

Candle Light Dinner at Tuk Din Restaurant, London

Arituhkan kitorang pergi London ikut trip yang university kitorang handlekan kan, kita ada cerita kt sini KLIK. Kebetulan hari first dekat London adalah birthday  en Suami kita, so macam naklah cari restaurant cantik nak makan candle light dinnerlah konon2, sambut birthday si dianya. Padahal takde pon candlenya. Hihihi.



So kitorang makan dekat satu restaurant melayu ni, namanya Restaurant Tuk Din. Allah best betul, masuk2 kedai, waiter dengan waitressnya org Melayu!! Excited kami2! Yelah kitorang dekat german takde banyak orang melayu, bila terjumpa je orang melayu, excited, rasa macam sedara!


Masa dinner itu kita order nasi minyak, pajeri nenas, ayam masak merah, dengan teh ais. Cik Akak ambil menu mcm ini sebab teringin sangatnya nak makan nasi kenduri, semenjak duduk jauh ini, selalu terlepas jemputan kahwin orang. Sedih sangat kita. Kita suka pergi kenduri-kendara ini. Kalau korang buat kenduri tak jemput kita, siaplah! Hahaha. Tak kira nak datang jugak!(**Buat muka tak malu)



En Suami pulak order kuey tiau goreng dengan ais sirap bandung cincau. Memang terubat segala rindu dendam dekat makanan Malaysianya. Sebabnya susah betul nak jumpa kuey tiau basah dekat jerman. Kalau jumpa mesti yang kering mcm bihun sebelum masak. Tension! Kuey tiau tak original langsung dekat sini. Ini yang buat homesick rindu Malaysia ini.

Iklan jab. Ini Bingen tempat kami tinggal. Read more KLIK

Meh nak komen menu-menu yang kami order ini dekat Restaurant Tuk Din London ini:
  • Nasi minyak – Oklah, not bad sedap. Tapi boleh improve lagi kot, kita rasa!
  • Pajeri nenas – Memang menjadi! Puas hati makan!
  • Ayam masak merah – kureng sikitlah. Maybe kalau en Suami kita masakkan lagi sedap kot! Hahaha
  •  Teh ais – Sedapp! Terlerai rindu setahun kita dekat teh ais! Thorbaik sangat!
  • Kuey Teow Goreng – kureng sikit, sebab ada rasa belacan, peliks! Plus, dia guna sotong segera/tak fresh. Tapi overall ada rasa hangus2 sikit, memang thorbaik!
  •  Air sirap bandung cincau – Sedap! Ini je komen en Suami, bila kita tanya. Hehehe.


Overall “Nora kasi 4 Bintang!!”, dari 5 bintanglah. Hehehehe. Makanannya sedap, tapi masih boleh diimprove lagi. Nanti jangan lupa, suruh waiter dengan waitress senyum lebih sikit ye! Senyum itu kann sedekah.

Kalau korang berpeluang ke London, singgahlah restaurant ini ye! Best! Alamatnya:
41 Craven Road,
London W2 3BX,
United Kingdom
(Subway Station: Paddington)

Thanks for reading!
Sekian~



3 comments:

  1. mesti rindu sangat nak makan masakan kat malaysia kan..

    ReplyDelete
  2. anis dtg mengomen di sini lagi..hahah... suke akak ye dapat makan makanan malaysia..hihi

    ReplyDelete
  3. Klo pegi london must go to burger & lobster! My fav place! :D

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...