home about contact travelog resepi bahasa jerman

amsterdam & keukenhof



Kami haritu lambat planning nak travel, so terpaksalah bayar harga lebih sikit. Hotel kebanyakkannya dah penuh, sbb musim cuti. Tiket train kami pon hampir buat kami pengsan. Wink22** mata berbintang. Hahahaha. Kenapa kami memilih Amsterdam utk trip kami kali ni? Sebab dekat satu, Holland cuma sebelah je dengan Jerman. Lagi satu sebab skrg musim bunga, di Holland bulehlah melawat bunga-bunga Tulip yang baru berkembang mekar. 


Hari pertama/perjalanan:

Kami naik ICE atau Bullet train. Perjalanan memakan masa 5 setengah jam dari tempat kami. 
Hi pembaca semua! Ini aku!
dan ini kami di dalam train, menggedik sebentar! Hahahah

Sampai di hotel, kami berehat dan solat. Sebelum misi mencari makanan nak dibaham. Kami makan KFC! Huhuhuhu. Sori, gambar xde. Lapar sangat, baham terus. KFC Amsterdam yang halal buleh dimakan adalah di Damrak(turun tram di stesen Dam jalan sikit. Cari sendiri. Hihiihi)





Hari kedua:
Kami bertolak ke pesta bunga aka KEUKENHOF yang terletak 30 km dari bandaraya Amsterdam. Kami beli Kombi ticket(shuttle bus from Amsterdam and entry ticket). Tiket telah kami beli sebelum kami bertolak lagi, buleh bayar menggunakan Kredit Card. Kami naik bus 197 di Stesen Leidseplein menuju ke Airport Schipol. Shuttle bus ke Keukenhof bertolak dari Schipol Airport. Bus penuh giler, kami pergi pukul 9:00 pg terpaksa berbaris panjang, menunggu giliran menaiki bas. 3 bas penuh bergerak, baru kami dapat naik. Kami naik bas ke-4. Bayangkanlah berapa ramai org yg nak pergi tengok bunga tulip ni kan.

Sesampai, kami apa lagi, rempoh masuk. (Hehehe, sebenarnya masuk sopan-sopan je, saje nak buat ayat gempak). Kami terlewat sedikit datang, tulip dah mula berkembang. Aku suka tulip yang kuncup malu2. Tapi masa ni semua dah kembang.
Ini baru sikit ni. Ada banyak lagi.
Kami jalan dalam ''zoo'' bunga ni dekat 4-5 jam la jugak. Bergambar sana-bergambar sini. Selfie, selfless. Hehehe. 


tertangkap gambar org plak.. hehehe 

Indah sangat-sangat, Subhanallah.

Nature sangat, sungai pon ada. 

Raikan cinta bersama Chik Bunga



Nasib baik hari yg kami pergi xhujan, elok cuaca cerah indah.

Penat berjalan, berhenti makan sebentar. Xmahal sngt makanan kt sini.

Beribu-ribu kuntum bunga, maybe berjuta xtahu lah. Tapi sangat-sangat banyak bunga. Macam-macam warna. Juling mata menengok.

Kasut terompah kayu dan kincir angin sbg simbolik negara Holland


Kasut terompah kayu, pelbagai bentuk

Nampak jongos disituh. Hahaha Japanese Garden







Untuk kami(laki bini) yang menggilai THE BEAUTY OF NATURE, bagi kami percutian ke bandar-bandar besar dan hectic seperti Berlin, London, Paris dan Amsterdam, bukanlah begitu me-release-kan tension. Bagi kami, percutian melihat keindahan alam ciptaan Tuhan itu lebih berbaloi. 
Sekian~





10 comments:

  1. hahahah tak abes abes dengan perkataan jongos dia tuh :p
    cantiknyaaaa subhanallah. masa akak ke sana bukan time bunga..

    ReplyDelete
  2. I seriously want to go to Amsterdam T______T

    ReplyDelete
  3. Bestnya OMG macam bermimpi kalau bunga banyak tu depan mata :)

    ReplyDelete
  4. tulip purple tu... haishhh..cantikkk sangat2 bunga nie.. huhu.. bestnyee dapat rase sendiri tengok bunga tu.. jelesss.. :P

    ReplyDelete
  5. Syoknya bergelumang ngan bunga2 cam tuh!

    ReplyDelete
  6. my faveret flower tak mampu nk pegang fresh.. best kalau dpt berguling lam bunga tu

    ReplyDelete
  7. Aku mauuuuuu ke Amsterdam hihihihi

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Tuan Tanah, tumpang lalu dan transit membaca jap, dalam perancangan ke Amsterdam Februari 2015, mengambil sedikit panduan agar tidak sesat hehehe kat sana...owh sambil sambil ngaku yang kena juga buat comment khusus untuk Giveaway Poskad German...tapi entry Amsterdam ini banyak membantu saya, makasih....

    ReplyDelete
  9. betul tu kak...bercuti tgk keindahan tu prcutian yg lbh indah. ya Allah jelesnyee...nk pegi jugak T__T ..pling unik tulip warna hitam purple tu...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...